fbpx

PKRC Maeps 2.0 dibuka bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKRC Maeps, Serdang. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan telah mengaktifkan Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang 2.0 (PKRC Maeps 2.0) bermula hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat pihak kerajaan berikutan peningkatan kes Covid-19 dengan mendadak membabitkan warga asing dan pelaksanaan program saringan pekerja asing Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menurutnya, skop operasi kali ini akan membabitkan pesakit Covid-19 kategori tanpa gejala dan kategori bergejala ringan yang membabitkan bukan warganegara.

“PKRC Maeps 2.0 ini membabitkan tiga fasa yang menyediakan 10,000 katil untuk kegunaan rawatan berbanding 604 katil sebelum ini.

“Memandangkan PKRC Maeps 2.0 akan menempatkan warganegara asing dalam jumlah kapasiti yang tinggi, aspek keselamatan akan dipertingkatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Dalam fasa pertama, PKRC Maeps ini telah beroperasi sejak 16 April lalu dan ditutup pada 15 Julai serta telah merawat 1,362 pesakit majoritinya warga asing.

Dalam perkembangan berasingan, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini turut mendengar pembentangan MKN Selangor untuk melaksanakan saringan secara bersasar dan berskala besar di Central Spectrum (Sektor A), Pulau Indah.

“Dianggarkan saringan ini akan membabitkan 45 syarikat, 102 premis dengan seramai 1,200 penghuni yang majoritinya adalah warganegara asing.

“Sektor A diberi keutamaan kerana majoriti kes direkodkan di kawasan berkenaan manakala sektor lain mengikut keperluan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI