PETALING JAYA – Pejabat Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ditutup dua hari bermula hari ini bagi tujuan sanitasi.
LUAS dalam satu kenyataan di laman Facebook mereka memaklumkan, ia berikutan terdapat kes positif Covid-19 dikesan di Bangunan Darul Ehsan.
“Walau bagaimanapun, Ops Sumber Air dan pemantauan sumber air 24 jam masih berjalan seperti biasa di tapak.
“Sehingga kini, keseluruhan kakitangan LUAS adalah dilaporkan negatif Covid-19. Pihak LUAS akan melaksanakan langkah-langkah yang ditetapkan untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pengunjung yang hadir ke pejabat LUAS terjamin,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! hari ini. – K! ONLINE