fbpx

PBB berjaya kumpul AS$370 juta untuk CERF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berjaya mengumpul lebih AS$370 juta (RM1.5 bilion) bagi tabung kecemasan untuk membantu krisis dunia menjelang 2021.

Lebih 50 penderma menjanjikan wang kepada Tabung Tindakan Kecemasan Pusat PBB (CERF), yang diuruskan oleh Setiausaha Jeneral Urusan Kemanusiaan, Mark Lowcock, menurut satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, nama-nama penderma tidak didedahkan.

“Dana ini adalah salah satu cara terpantas untuk membantu penduduk yang terjebak dalam krisis mendadak dan semakin buruk serta negara yang kekurangan dana namun, tidak mendapat perhatian dunia,” kata Setiausaha Jeneral PBB, Antonio Guterres semasa persidangan penderma yang diadakan menerusi panggilan video di ibu pejabat PBB.

Persidangan penderma dana kecemasan itu berlangsung beberapa hari selepas PBB mengeluarkan anggaran keperluan kemanusiaan untuk 160 juta orang pada tahun 2021 yang berjumlah AS$35 bilion (RM142 bilion). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI