fbpx

KPDNHEP Muar sita 109 tong gas tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDNHEP Muar merampas 109 buah tong gas LPG serta lori seberat 10 tan milik warga emas berusia 60 tahun di kediamannya di Sungai Abong, Muar.

MUAR – Seorang warga emas ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas disyaki menyimpan 109 buah tong gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen di kediamannya.

Ketua Cawangan KPDNHEP Muar, Rizq Fazliana Abd Hamid berkata, lelaki berusia 60 tahun itu ditahan dalam serbuan di kawasan perumahan Sungai Abong, di sini, semalam.

Katanya, dalam serbuan pada pukul 4 petang itu, sebanyak 109 buah tong gas pelbagai jenama berkapasiti 14 kilogram (kg) termasuk 16 tong gas kosong dirampas dengan keseluruhan nilai berjumlah RM26,300.

“Hasil serbuan mendapati, rumah lelaki itu dijadikan stor tempat menyimpan tong gas LPG yang dikategorikan sebagai barang kawalan yang disimpan di tempat yang tidak dilesenkan sebelum dijual kepada pengguna.

“Selain tong gas, kami turut merampas sebuah lori 10 tan bernilai RM20,000. Lelaki tempatan itu turut ditahan bagi diambil keterangan dan siasatan lanjut setakat ini percaya bahawa dia mempunyai kaitan dengan kes berkenaan,” katanya ketika sidang akhbar di Stor KPDNHEP di sini hari ini.

Menurut beliau, maklumat awal mendapati aktiviti terbabit sudah dilakukan sejak tempoh beberapa bulan yang lalu dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

“Sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penjualan atau penyimpanan tong gas berisi LPG tanpa lesen diminta menyalurkan maklumat kepada pihak KPDNHEP kerana ia melibatkan keselamatan dan kepentingan orang ramai,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI