fbpx

Kes kembali tiga angka, lima kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 959 kes dicatatkan hari ini.

PUTRAJAYA – Kes harian negara kembali kepada tiga angka dengan 959 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 76,265 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 953 kes penularan tempatan.

“Bilangan kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,068 kes sekali gus jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 65,124 kes atau 85.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Terdapat lima lagi kes kematian baharu di Kuala Lumpur, Johor dan Sabah iaitu kesemuanya lelaki berusia antara 60 hingga 82 tahun menjadikan sebanyak 393 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 127 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 61 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI