fbpx

Hubungan Malaysia-Brunei perlu diteruskan – YDPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke Majlis Menghadap Perpisahan oleh Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia, Tuan Terutama Datuk Paduka Haji Alaihuddin Mohd Taha di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar kerajaan Brunei dapat mempertimbangkan cadangan Malaysia bagi mewujudkan Laluan Hijau Timbal Balik (Reciprocal Green Lane) dalam usaha menghidupkan semula sektor ekonomi kedua-dua buah negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al-Sultan Abdullah juga turut menzahirkan keyakinan aliran perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Brunei dapat diperteruskan lagi.

“Aliran perdagangan dan pelaburan antara dua negara ini dapat diperteruskan lagi khususnya jalinan kerjasama dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) ke dua-dua negara.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar keakraban dan semangat kejiranan serta kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang dan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Brunei yang terjalin sejak 1984 ini dapat diperkukuhkan demi kepentingan dan kesejahteraan ekonomi bersama,” jelas beliau melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Menghadap Perpisahan oleh Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia, Tuan Terutama Datuk Paduka Haji Alaihuddin Mohd Taha dan isteri Datin Hajah Mariani Bongsu di Istana Negara hari ini.

Tambah beliau, pada 2019, Brunei merupakan rakan dagang ke-36 terbesar Malaysia dan ketujuh terbesar dalam kalangan negara anggota negara ASEAN.

“Malaysia pula merupakan rakan dagang ketiga terbesar Brunei selepas China dan Jepun dan terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN. Nilai perdagangan antara Malaysia dan Brunei pada tahun lalu berjumlah USD 1.02 bilion (RM 4.15 bilion). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI