fbpx

Hamil anak kembar, Ainan Tasneem harap bersalin normal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kandungan Ainan Tasneem yang kini mencecah usia 36 minggu.

PETALING JAYA – Memasuki usia kehamilan 36 minggu, penyanyi Ainan Tasneem yang disahkan mengandung anak kembar berharap bersalin secara normal tanpa sebarang komplikasi.

Ainan atau nama lengkapnya Ainan Tasneem Redzuan, 28, memberitahu dia dijangka bersalin selewatnya minggu hadapan dan meminta semua pihak mendoakan kelancaran proses kelahiran kedua-dua bayinya itu.

Menerusi satu entri yang dimuat naik dalam Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia itu memaklumkan dirinya kerap sakit belakang dan pinggang serta sukar tidur memandangkan keadaan perutnya yang semakin membesar.

“Sebenarnya memang tak larat dah nak bawak perut. Sakit pinggang, sakit belakang, time tidur pun lenguh-lenguh badan padahal tak ada buat apa-apa aktiviti pun.

“Kalau nak tukar kedudukan masa tidur lagilah. Subhanallah sakit yang amat ya. Rasa nak menangis. Berdiri pun tak boleh lama sangat, kalau tak memang menggigil kaki,” tulisnya pada kapsyen.

Terdahulu Ainan yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohamad Ariffudin pada 7 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI