fbpx

Gagal larikan diri, 2 PATI Indonesia ditangkap orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua PATI Indonesia yang mengambil upah mengangkat barang ditahan berhampiran Jeti Lama Kalabakan Selatan petang semalam.

PETALING JAYA – Dua pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia ditahan pasukan keselamatan selepas gagal melarikan diri ke hutan sejurus tiba di Jeti Lama Kalabakan Selatan dalam satu kejadian di Serudong, Tawau, Sabah pukul 6.05 petang semalam.

Markas Divisyen Kelima Infantri memaklumkan, Kumpulan SERKAP berjaya mengesan tiga PATI yang mencurigakan menaiki sebuah perahu kayu yang sarat dengan muatan barangan menghampiri daratan berhampiran jeti tersebut.

“Setibanya di daratan, dua orang PATI bertindak melarikan diri ke hutan meninggalkan pengemudi bot namun berjaya ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada anggota kumpulan ronda.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua PATI yang ditahan hanya mempunyai pengenalan diri Indonesia dan masuk ke Malaysia bagi mengambil upah mengangkat barang di Pulau Nunukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang lagi PATI berjaya meloloskan diri.

Menurutnya, kedua-dua PATI yang ditangkap berusia 17 dan 37 tahun itu ditangkap bersama rampasan barang seperti perahu kayu (jongkong), enjin bot, barang-barang makanan dan guni pakaian persendirian.

“Nilai kesemua tangkapan dan barang rampasan dianggarkan mencecah hampir RM33,053.

“Kedua-dua PATI telah dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI