fbpx

Bunyi burung tingkat kualiti hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAWASAN yang mempunyai pelbagai spesies burung dapat meningkatkan kualiti kehidupan seseorang.

MEREKA yang tinggal di kawasan yang mempunyai banyak spesies burung akan mendapat kepuasan hidup tambahan sepertimana rasa seperti mendapat kenaikan gaji.

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan menunjukkan, pendedahan kepada alam semula jadi adalah baik untuk kesihatan mental seseorang.

Pakar dari Jerman melakukan tinjuan bagi mengumpul data mengenai kepuasan hidup orang dewasa di seluruh Eropah yang selalu terdedah dengan alam semula jadi.

Mereka menyimpulkan bahawa tinggal di kawasan setempat yang memiliki 14 spesies burung berbeza memberikan keseronokan yang sama seperti mendapat kenaikan gaji sebanyak £1,344 (RM7,333) setiap tahun.

“Orang Eropah sangat berpuas hati dengan kehidupan mereka jika kawasan sekitar menjadi habitat kepada kepelbagaian spesies diversiti.

“Berdasarkan kajian kami, mereka paling bahagia jika dapat mengalami dan mendengar pelbagai bunyi burung dari spesies berbeza dalam kehidupan seharian mereka,” jelas Joel Methorst yang merupakan ahli ekologi di Pusat Penyelidikan Biodiversiti dan Iklim Senckenberg.

Dalam kajian mereka, Methorst dan rakan-rakan membandingkan data mengenai kualiti hidup yang dilaporkan lebih dari 26,000 orang dewasa dari seluruh Eropah dengan kepelbagaian spesies burung.

“Sangat mengejutkan apabila kami mendapati kepelbagaian spesies burung adalah sama pentingnya untuk kepuasan hidup dan juga pendapatan mereka,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI