fbpx

Bung Moktar tawar diri penerima pertama vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menawarkan diri menjadi individu pertama di Malaysia menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya, beliau sebagai ‘panglima perang’ menawarkan diri jika ada pihak yang bimbang berhubung aspek keselamatan penggunaan vaksin tersebut.

“Saya dengar khabar vaksin sudah ada dan Indonesia sudah memeterai perjanjian dengan China. Kenapa Malaysia belum?

“Kalau perlu diuji awal-awal, sayalah orang pertama menawarkan diri. Saya tidak takut. Saya mahu sihat,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa untuk kementerian kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI