BUMI terus mengalami tempoh pemanasan yang paling ketara apabila tahun 2020 tercatat sebagai satu daripada tiga tahun paling panas di dunia.
Penilaian sementara menunjukkan tahun ini menjadi salah satu tahun yang mencatatkan suhu terpanas di belakang tahun 2016 dan 2019.
Tahun 2011 hingga 2020 merupakan dekad paling panas dengan enam tahun terpanas sejak 2015.
Enam tahun terpanas dalam rekod global sejak 1850 semuanya berlaku sejak tahun 2015.
Dengan data yang tersedia sejak Januari hingga Oktober tahun ini, Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) mengatakan bahawa suhu tahun 2020 berada di sekitar 1.2 darjah Celsius di atas garis dasar.
Melalui data yang dikumpul mencatatkan bahawa tahun 2020 sebagai yang kedua terpanas, di belakang tahun 2016 dan atas 2019.
Ini berdasarkan perbandingan dengan tempoh yang sama pada tahun-tahun sebelumnya.
Bagaimanapun data suhu dari bulan November dan Disember kemungkinan lebih sejuk dan dingin untuk mendorong tahun 2020 ke jatuh ke tempat ketiga.
Walaupun begitu, WMO pasti bahawa tahun 2020 akan tetap menjadi salah satu daripada tiga tahun paling hangat dalam sejarah sehingga hari ini.