fbpx

1,355 tahanan Imigresen positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 1,355 tahanan di Depoh Tahanan Imigresen (DPI) Jabatan Imigresen Malaysia disahkan positif Covid-19.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, data itu adalah yang direkodkan sehingga semalam.

“Berdasarkan statistik sejak 29 Ogos lalu, DPI Bukit Jalil paling ramai positif Covid-19 iaitu seramai 650 orang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Lee Boon Chye (PH-Gopeng) tentang jumlah pesakit Covid-19 dalam kalangan penghuni penjara.

Ismail berkata, DPI Langkap pula mencatatkan jumlah tahanan positif Covid-19 seramai 481 orang diikuti DPI Semenyih (127), DPI KLIA (77).

Menurut beliau, baki 20 tahanan lagi positif wabak Covid-19 adalah di DPI Belantik, Putrajaya, Lenggeng dan Juru.

“Bagi statistik banduan di penjara pula, daripada 60,583 orang yang disaring bermula 29 Ogos hingga semalam, seramai 829 disahkan positif,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI