fbpx

United hilang dua penyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI mengalami kecederaan menyebabkan dia tidak dapat diturunkan pada aksi menentang Leipzig awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Manchester United terus dirundung malang apabila duo serangan, Anthony Martial dan Edinson Cavani tidak akan diturunkan pada aksi Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig di Red Bull Arena awal pagi esok.

Ketiadaan dua penyerang berkenaan memberi tamparan hebat buat United yang berkemungkinan tersingkir daripada saingan sekiranya tewas pada aksi terakhir peringkat kumpulan itu.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui ketiadaan dua pemain itu bakal merencatkan perancangannya berdepan Leipzig, namun menegaskan pemain-pemain lain mampu me­ngisi posisi berkenaan.

“Kami hilang khidmat Anthony (Martial) dan Edinson (Cavani) pada perlawanan itu nanti. Saya harap kecederaan mereka tidak serius dan kembali cergas de­ngan segera.

“Walaupun mereka berdua tidak akan diturunkan ketika berdepan Leipzig tetapi saya yakin pemain-pemain lain mampu mengisi kekosongan yang di­tinggalkan,” kata pengendali dari Norway itu.

Meskipun United dianggap sebagai pasukan pilihan pada perlawanan itu, namun Leipzig yang turun sebagai tuan rumah pas­tinya tidak akan memberi laluan mudah buat mereka.

Lebih menarik, Leipzig di­jangka memberikan segala-galanya pada perlawanan itu bagi me­nebus kekalahan 0-5 sebelum ini selain mahu melayakkan diri ke pusingan kedua Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI