fbpx

Tempahan hotel naik 70 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Langkawi

ALOR SETAR – Industri pelancongan di Langkawi kini melonjak dengan tempahan hotel meningkat sehingga 70 peratus, kurang 24 jam pengumuman penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, berdasarkan perkembangan positif itu pihaknya turut menjangkakan tempahan penginapan akan meningkat sehingga 90 peratus sepanjang Disember ini.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan yang mendengar keluh-kesah penggiat pelancongan Langkawi. Saya menerima maklum balas yang cukup baik daripada ahli-ahli persatuan yang mengatakan sebaik sahaja menteri umum tamat PKPB tempahan online mencanak naik.

“Kita jangka peningkatan sehingga 90 peratus sebelum sekolah dibuka tahun depan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas lanjut, kata Zainudin, peningkatan itu membabitkan tempahan daripada pelancong domestik dari luar Kedah dan Perlis dengan sasaran pelancong meningkat sehingga 200,000 orang.

“Kami juga menasihatkan orang ramai supaya tidak was-was untuk berkunjung ke sini kerana prosedur operasi stan­dard (SOP) Covid-19 tetap dikuatkuasakan,” ujarnya.

Beliau pada masa yang sama memberi amaran kepada pengusaha hotel, inap desa dan lokasi pelancongan tidak menaikkan harga melampau sehingga membebankan pelancong.

“Kita akan memantau perkara ini dan sekiranya ada aduan, tindakan tegas akan diambil,” jelasnya.

Dalam pada itu, Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam satu kenya­taan memaklumkan jumlah laluan feri Langkawi-Kuala Kedah-Kuala Perlis ditingkatkan mulai 11 Disember ini.

“Ia ditingkatkan kepada empat trip di laluan Langkawi-Kuala Kedah dan lima trip di laluan Langkawi-Kuala Perlis mengikut jadual iaitu dari Langkawi, 7.30 pagi, 12.30 tengah hari, 4.30 petang dan 6.30 petang.

“Sementara dari Kuala Kedah pula, 8 pagi, 10 pagi, 3 petang dan 7 malam. Laluan dari Kuala Perlis ke Langkawi pula, 8 pagi, 11.30 pagi, 12.30 tengah hari, 5 petang serta 7 malam dari Langkawi dan 8 pagi, 10 pagi, 1.30 petang, 2.30 petang dan 5 petang dari Kuala Perlis,” katanya.

Kosmo! pada 3 Disember lalu melaporkan industri pelanco­ngan di Langkawi mengalami kerugian kira-kira RM1.7 bilion sepanjang tahun ini akibat penularan pandemik Covid-19.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI