fbpx

Syarikat kolam ikan keli berdepan denda RM1juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota LUAS sedang mengambil sampel air daripada kolam ikan keli di Mukim Sungai Tinggi, Hulu Selangor. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Syarikat penternakan kolam ikan keli yang disyaki menjadi punca pencemaran terbaharu di Rawang di sini bakal menjadi pesalah pertama didakwa menggunakan pindaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya akan menggunakan enakmen tersebut yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1juta dan penjara mandatori tidak melebihi tiga tahun.

“Kerajaan negeri tidak akan berlembut dengan mana-mana pihak yang melakukan jenayah ini dan kita serius menangani kes pencemaran air di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Lorong Antidadah dan Ibu Pejabat Persatuan Mencegah dadah Malaysia (Pemadam) Selangor di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian pada sidang akhbar di Hulu Selangor memaklumkan, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 79 pindaan Enakmen LUAS yang baharu.

Tambahnya, enakmen tersebut baharu sahaja diwartakan semalam.

“Kita berharap polis dapat melakukan siasatan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI