fbpx

Polis buru dua suspek samun premis ejen insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja syarikat ejen insurans (kiri) disembur serbuk lada oleh suspek dalam kejadian samun di sebuah premis di Taman Intan, Sungai Petani pada Rabu lalu.

SUNGAI PETANI – Polis memburu dua lelaki yang melakukan samun bersenjata ke atas sebuah
premis ejen insurans di Taman Intan di sini pada Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.16 petang itu, salah seorang suspek yang memakai topi keledar dan pelitup muka masuk ke dalam premis kononnya mahu membayar cukai jalan kenderaannya.

Suspek bagaimanapun bertindak menyembur serbuk lada ke arah pekerja premis sebelum meminta dia menyerahkan wang sambil mengacukan pisau.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, seorang lagi suspek kemudian menendang pintu kaca premis sehingga pecah selepas dia gagal masuk ke dalam premis kerana pintu dipercayai berkunci.

“Suspek menyamun wang tunai sebanyak RM200 sebelum kedua-duanya melarikan diri dipercayai menggunakan sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran premis,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kejadian itu dirakamkan televisyen litar tertutup (CCTV) dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI