fbpx

Kit ujian Covid-19 percuma menerusi mesin layan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang kereta api bawah tanah Hong Kong mengambil kit ujian Covid-19 percuma di mesin layan diri yang disediakan. - AFP

HONG KONG – Semua penumpang kereta api bawah tanah Hong Kong kini boleh mendapatkan kit ujian koronavirus secara percuma menerusi mesin layan diri di stesen-stesen metro di pulau itu.

Wilayah separa autonomi China itu menyatakan, pemerintah menyediakan sekitar 10,000 kit ujian Covid-19 setiap hari menerusi mesin layan diri yang diedarkan di 10 stesen kereta api bawah tanah, lapor ABC News.

Bermula semalam, penumpang dilihat  beratur di Stesen Kereta Api Bawah Tanah North Point untuk mendapatkan kit ujian percuma yang diakses menggunakan kad transit Octopus.

Sampel air liur yang dikumpul pada kit tersebut perlu diserahkan kepada klinik-klinik pemerintah terpilih, kata pihak berkuasa.

Menurut laporan South China Morning Post, program ini diwujudkan selepas wilayah itu mengambil tindakan menutup bar, kelab malam dan pusat hiburan lain sehingga 15 Disember ini.

Hong Kong melaporkan 6,898 kes jangkitan sejak pandemik dikesan termasuk 95 kes baharu pada Ahad lalu, lapor stesen televisyen ABC. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI