fbpx

Kes kekal empat angka, empat kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,012 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 75,306 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, sebanyak 1,750 kes sembuh dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 64,056 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 1,005 kes adalah penularan tempatan.

“Terdapat pertambahan empat kes kematian Covid-19 di Sabah membabitkan empat wanita berusia antara 33 hingga 92 tahun.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 388 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 126 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI