fbpx

Jururawat buat laporan dakwa dicabul pendakwah selebiriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendakwah selebriti berusia 25 tahun itu ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk dilanjutkan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rogol baru-baru ini.

SHAH ALAM – Seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis Ahad lalu dengan mendakwa dicabul pendakwah selebriti pada Disember tahun lalu.

Wanita berusia 26 tahun dan bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur itu membuat laporan polis pukul 4 petang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin berkata, berdasarkan laporan mangsa mengenali suspek itu melalui media sosial pada 2018.

“Mangsa mendakwa telah dicabul di rumah selebriti berkenaan di Seksyen 7, di sini.

“Sehingga kini keseluruhan laporan polis yang diterima berkaitan pendakwah tersebut adalah sembilan kes,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Seri Muda, Seksyen 25 hari ini.

Jelas beliau, daripada sembilan kes yang dilaporkan, tujuh daripadanya dilaporkan di Shah Alam dan selebihnya di Petaling Jaya.

“Bagaimanapun dua daripada kes tersebut diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA) kerana kejadian yang dilaporkan itu tidak berlaku.

“Tujuh kes lain akan diteruskan siasatan dan kita akan melihat semua sudut dengan mengumpul semua maklumat berkenaan kejadian,” ujarnya.

Jelasnya, suspek yang berusia 25 tahun yang juga bekas peserta rancangan realiti keagamaan sebuah televisyen swasta itu kini direman sehingga Jumaat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI