fbpx

Gangguan bekalan air pulih 3 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gangguan bekalan air yang berlaku di 861 kawasan sejak pagi tadi dijangka pulih secara berperingkat bermula pukul 3 petang ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, gangguan itu berlaku susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 serta 3 dan Rantau Panjang dalam tempoh lima jam.

“Disebabkan pencemaran air mentah di Sungai Selangor pagi tadi, kami mendapati sistem agihan bekalan air dalam keadaan tidak stabil yang mana kebanyakan tangki-tangki air di kawasan perumahan mengalami penyusutan mendadak.

“Justeru itu, sebanyak 861 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat akan mengalami tekanan air rendah dan bekalan air tidak stabil,” katanya di sini tadi.

Katanya, Air Selangor akan menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI