fbpx

Arsenal sudah hilang naluri gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL gagal menahan asakan Spurs menyebabkan mereka tewas 0-2 awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Ketumpulan jentera serangan Arsenal terus menjadi masalah paling utama terpaksa dihadapi oleh pengurusnya, Mikel Arteta.

Arteta nyata sudah hilang sabar menyaksikan persembahan longlai dipamer oleh jentera penggempurnya ketika mereka tumbang 0-2 kepada Tottenham Hotspur pada aksi derbi utara London awal pagi semalam.

Jaringan daripada Song Heung-min dan Harry Kane menambah derita Arsenal menyaksikan mereka kini terperosok ke kedudukan 15 Liga Perdana Inggeris apabila sekadar meraih empat kemenangan dalam 11 aksi.

Penyerang utama, Pierre-Emerick Aubameyang gagal untuk melakukan sebarang percubaan pada aksi tersebut sementara rakan gandingannya, Alexandre Lacazette hanya berjaya membuat dua percubaan.

“Kedua-dua mereka mempamerkan aksi yang baik tetapi pada akhirnya ia adalah me­ngenai jaringan yang kami perlukan pada setiap perlawanan.

“Kami mempunyai peluang, berdasarkan statistik aksi kali ini menunjukkan kami berjaya meletakkan bola di dalam kotak penalti lawan paling banyak tetapi ia langsung tidak bermakna apabila kami tewas perlawanan itu.

“Kami perlu menjaringkan gol untuk memastikan kedudukan kami berubah. Jika terus gagal, kami tidak mampu bertahan walaupun banyak usaha dilakukan di posisi lain, ia tidak memberikan apa-apa makna.

“Para pemain berjaya membawa masuk bola ke kotak pe­nalti menerusi hantaran lintang, ia suatu yang menarik, namun kami memerlukan pemain yang mampu untuk menyempurnakan peluang yang ada untuk mendapatkan kemenangan,” jelasnya. – agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI