fbpx

105 menara telekomunikasi dibina di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI – Masalah capaian internet yang berlaku di 270 kawasan di negeri ini dijangka berakhir apabila sebanyak 105 menara telekomunikasi akan dibina di lokasi terlibat dalam tempoh dua tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia serta Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Romani Wan Salim berkata, pembinaan menara telekomunikasi kekal itu dibuat mulai tahun ini hingga 2025.

“Kita mengenal pasti sebanyak 270 kawasan antaranya daerah Kuala Muda, Padang Terap, Sik dan Baling yang mengalami masalah capaian internet dengan sebahagiannya berlaku sejak 20 hingga 30 tahun lalu.

“Masalah itu dijangka dapat diselesaikan selepas pembinaan 105 menara telekomunikasi di kawasan terlibat menerusi pelan Jalinan Digital Negara (Jendela),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat menara telekomunikasi sementara di Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau di sini hari ini.

Menurut Romani, dia percaya pembinaan semua menara telekomunikasi itu dapat menyelesaikan masalah capaian internet di sekurang-kurangnya 90 peratus kawasan terlibat.

Pada masa sama, beliau berkata, taraf liputan perkhidmatan di sebanyak 1,162 menara telekomunikasi sedia ada akan dinaik taraf kepada 4G secara berperingkat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI