fbpx

100 negara lain turut diberi penurunan penarafan oleh Fitch Ratings 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

PUTRAJAYA – Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang diturun taraf oleh agensi penarafan antarabangsa, Fitch Ratings.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi Nukilan MK: Penarafan Fitch – Apa Sebenarnya Pendirian PH di laman Facebook hari ini.

Tengku Zafrul berkata, selain Malaysia, ada 100 buah negara lain mengalami penarafan tahun ini termasuk United Kingdom, Hong Kong, Chile dan Laos.

Beliau berkata, mempolitikkan isu Fitch Rating adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Pakatan Harapan (PH) mungkin tersilap, atau memilih untuk mengabaikan fakta apabila mengaitkan penurunan penarafan ini dengan cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) merancang pemulihan ekonomi negara.

“Jika saya mahu berpolitik, boleh saja saya ungkitkan beberapa perkara yang ditulis oleh Fitch dalam laporan mereka khususnya perkara yang sebenarnya berkaitan dengan pihak lain dan bukan kerajaan hari ini,” katanya.

Baru-baru ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menerusi kenyatan akhbar menyifatkan penurunan penafaran itu menampakkan kegagalan perancangan dasar oleh kerajaan termasuk kesannya kepada ekonomi negara.

Tengku Zafrul menjelaskan beliau sudah menjangkakan isu penafaran itu akan dijadikan modal politik untuk menyerang kerajaan.

“Saya ingin bertanya kepada mereka, apakah sebenarnya yang PH mahukan daripada isu penarafan ini?

“Sukar untuk kita memahami jika mereka mendesak agar kerajaan jangan terlalu hiraukan hutang dan rating, tetapi hari ini pula menyelar kerajaan kerana kejatuhan rating tersebut,” katanya.

Katanya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Ogos lalu menyatakan pendirian bahawa isu penafaran bukan isu utama yang patut diambil kerajaan kerana apa yang penting adalah menjana pertumbuhan.

Malah, Tengku Zafrul berkata, bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga pernah menyeru kerajaan untuk berbelanja lebih dalam senario wabak Covid-19 walaupun hutang negara akan naik dan fiskal berdepan defisit.

“Saya dan rakyat mempersoalkan pendirian dan perkataan bercanggah ini. Yang mana satu lebih penting wahai Yang Berhormat, penarafan dan rating atau perbelanjaan untuk rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, beliau yakin dengan strategi dan tindakan yang diambil kementeriannya setakat ini untuk memulihkan ekonomi negara.

“Kami juga akan terus mengadakan sesi libat urus bersama agensi penarafan kredit dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat sebenar dan tepat dapat disampaikan,” katanya.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI