fbpx

Warga Indonesia hilang, dua terselamat dalam tragedi sampan karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SARIKEI – Seorang lelaki warga Indonesia hilang setelah sampan yang dinaiki bersama dua rakannya karam dipukul ombak semasa menyusuri sungai Batang Rajang semalam .

Mangsa yang dikenali sebagai Heriayansyah, 25, yang bekerja sebagai juruelektrik syarikat Hua Seng Elektrical Works di Sibu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, kejadian terbabit berlaku sekitar pukul 5 petang, mangsa bersama dua lagi rakannya iaitu pemilik sampan Romilton Anthony, 27, dan Bahtiar Janggau, 25, telah menyusuri sungai Batang Rajang dari Pekan Sarikei ke Muara Payang.

“Setelah setengah jam perjalanan, sampan yang dinaiki telah dipukul ombak akibat kapal besar yang lalu. Ketika kejadian, Romilton dan Bahtiar sempat bertaut pada tangki minyak, manakala Heriyansyah telah hilang.

“Kedua-dua mangsa telah diselamatkan oleh nelayan yang kebetulan lalu di kawasan tersebut,” katanya dalam satu laporan pertengahan kes hari ini.

Sementara itu, bagi Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan Pertama (PBK I) Salim Hussain telah menetapkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada hari esok atas faktor keselamatan memandangkan cuaca gelap dan hari hujan.

Setakat pukul 9 pagi hari ini, operasi SAR yang bermula seawal pukul 7 pagi dilakukan secara permukaan air (surface searching) pada jarak satu kilometer radius dari lokasi mangsa karam dan menyusuri sungai sekitar. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI