fbpx

Tiga ditahan curi ikan laga bernilai RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek menunjukkan tempat mereka mencuri ikan laga di sebuah rumah di Kampung Aman, Kepala Batas.

SEBERANG PERAI – Polis memberkas tiga lelaki semalam selepas didapati mencuri sejumlah ikan laga bernilai RM500 di sebuah rumah di Kampung Aman, Kepala Batas di sini pada Rabu lalu.

Suspek berusia 19, 22 dan 36 tahun ditahan di sekitar Kepala Batas di sini.

Suspek merupakan individu yang turut dipercayai terlibat dalam kes mencuri sebatang pokok bonsai dan menjualnya di Facebook pada minggu lalu seperti dilaporkan Kosmo! Online pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu disedari pemiliknya iaitu remaja berusia 17 tahun apabila menyedari ikan-ikan yang diletakkan di hadapan rumah hilang.

“Ibu saudara mangsa memberitahu dia nampak tiga lelaki masuk ke dalam kawasan rumah mangsa kira-kira pukul 6 pagi.

“Dia kemudiannya memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati tiga lelaki bertopi keledar masuk ke kawasan hadapan rumah tempat dia menyimpan ikan laga,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, suspek dilihat mengambil beberapa ekor ikan yang tidak dipastikan jumlahnya dengan menggunakan sauk.

“Mereka lari selepas terdengar teguran ibu saudara mangsa sebelum nelarikan ikan-ikan itu bersama sauk sehingga menyebabkan kerugian RM500,” katanya lagi.

Noorzainy berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI