fbpx

Tiada penyingkiran, tujuh peserta ke pentas akhir GV7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Linda dan Noraniza antara peserta yang berjaya melayakkan diri ke konsert akhir GV7 minggu hadapan.

PETALING JAYA – Penuh kejutan. Tujuh peserta diumumkan berjaya melangkah ke pentas akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) minggu depan.

Konsert separuh akhir yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan pada minggu ini dan kesemua tujuh peserta layak ke pentas final GV7.

Tujuh peserta itu ialah Oja, Muss, Linda Nanuwil, Ashira, Ashira, Noraniza Idris dan Cliff Umar.

Konsert akhir GV7 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya bakal mencatat sejarah kerana pertama kali menampilkan tujuh peserta berbanding enam finalis pada musim-musim terdahulu.

Pada konsert akhir minggu depan, kesemua peserta diberi tugasan untuk mendendangkan tiga buah lagu iaitu lagu solo, battle bersama peserta lain dan duet dengan bekas juara GV musim terdahulu.

GV7 kekal dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Sementara itu, juri tetap pula Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, manakala Datuk Syafinaz dan Jay Jay diundang sebagai juri jemputan pada malam ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI