fbpx

Shahrel Fikri sah jadi milik Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHREL membuat keputusan meninggalkan Perak untuk bersama Selangor. - FB SELANGOR FC

PASUKAN Selangor mengesahkan kehadiran pemain baharu pertama pada jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M) selepas menandatangani khidmat penyerang kelahiran Perak, Shahrel Fikri Md. Fauzi hari ini.

Shahrel yang sebelum ini mempunyai rekod yang cemerlang di bahagian serangan bersama pasukan The Bos Gaurus bakal digandingkan dengan pemenang anugerah kasut emas musim 2020, Ifedayo Olusegun dan penjaring gol terbanyak Liga Premier 2020, Ahmad Danial Asri.

Shahrel yang lebih mesra dengan gelaran Eky telah berjaya meledak 10 gol dari 10 perlawanan dalam kancah Liga Super musim 2020.

Ketua Pengawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon percaya penyertaan Shahrel Fikri ke pasukan Gergasi Merah adalah berita yang sangat mengujakan buat barisan kejurulatihan Selangor.

“Eky adalah salah seorang pemain yang berbakat besar dan kita sudah lama memerhati dan mengikuti perkembangan Eky. Justeru, kami percaya bahawa Eky boleh menjadi pemain yang lebih baik bersama pasukan Selangor musim depan,” kata Johan dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Eky yang berusia 26 tahun turut mengakui sangat teruja dapat menyertai kem Gergasi Merah yang bakal dibimbing oleh pengendali dari Jerman, Karsten Neitzel musim depan.

“Saya berterima kasih kepada penyokong dan pengurusan pasukan Perak atas segalanya. Peluang menyertai Selangor boleh membuka lembaran baru dalam karier saya dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan baharu saya bersama pasukan Gergasi Merah,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI