fbpx

Rodriguez jadi liabiliti Everton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRIGUEZ menjadi mangsa kecaman apabila dia didakwa tidak membantu pasukannya setiap kali diasak oleh pasukan lawan. – AFP

BURNLEY – Pemain tengah Everton, James Rodriguez dituduh menjadi punca selepas pasukan itu hanya mencatat keputusan seri 1-1 menentang Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Turf Moor malam kelmarin.

Meskipun memulakan sai­ngan Liga Perdana musim ini dengan cemerlang, namun aura skuad kendalian Carlo Ancelotti itu mula hilang apabila sekadar mencatat satu kemenangan dalam lima perlawanan.

Justeru, bekas penyerang The Toffees, David Connelly menganggap Rodriguez sebagai beban apabila gagal membantu pasukan untuk bertahan ketika diasak pasukan lawan.

“Tidak dinafikan dia (Rodriguez) seorang pemain berkua­liti, namun dia terus menjadi liabiliti kepada pasukan apabila berdepan serangan lawan.

“Adakah sumbangannya ketika melakukan serangan cukup untuk membiarkan pemain lain bertungkus-lumus ketika bertahan? Bagi saya, dia ibarat beban kepada pasukan apabila diserang,” luah Connelly.

Tambah beliau, pemain antarabangsa Colombia itu bukannya berada di Real Madrid lagi dan menegaskan, Rodriguez juga perlu memainkan peranan membantu pasukan ketika bertahan.

“Tanpa bola di kaki, dia tidak ada sebarang sumbangan untuk pasukan. Rodriguez perlu sedar ini bukan Real Madrid, pasukan yang banyak menguasai perlawanan, dia perlu be­kerja lebih kuat untuk pasukan ini,” ujarnya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI