fbpx

PKPD di penjara dan Kuarters Penjara Seremban dilanjut 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan yang sepatutnya tamat hari ini disambung 14 hari lagi.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut diambil ekoran terdapat 185 sampel saringan melalui ujian saringan kedua yang masih menunggu keputusan.

“Sehingga 4 Disember 2020, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 1,582 ujian saringan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 964 kes positif Covid-19 telah direkodkan di penjara ini melibatkan tahanan dan kakitangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru katanya, PKPD di kedua-dua lokasi ini akan disambung sehingga 21 Disember depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI