fbpx

PKPD di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah ditamatkan pada hari ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat susulan kesemua sampel saringan telahpun diperolehi dan tiada sampel yang masih menunggu keputusan.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 2,054 ujian saringan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 382 kes kumulatif positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti ini,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di kawasan tersebut bermula 10 November lalu dan kemudiannya dilanjutkan sehingga hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI