fbpx

Operasi mencari hari ke-10 ditamatkan, jasad Loqman Hamka gagal ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba dan penduduk setempat melakukan operasi pencarian mangsa di sekitar sangkar ikan di Kampung Tebing Tinggi Temerloh hari ini.

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

TEMERLOH – Jasad Loqman Hamka,20, yang dikhuatiri lemas akhirnya bersemadi di dalam Sungai Pahang selepas gagal ditemukan sehingga operasi terakhir hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Temerloh, Hashnuddin Hussein berkata, operasi pencarian yang dilakukan selama 10 hari sejak 30 November lalu ditamatkan kira-kira pukul 1.30 petang hari ini.

“Sehingga ke hari ini tiada sebarang petanda bagi menemukan mangsa yang jatuh ke Sungai Pahang dalam operasi yang dilakukan melibatkan pelbagai pihak.

“Walaupun operasi ini secara rasmi di tutup pihak bomba akan terus membantu sekiranya terdapat keperluan malah, penduduk setempat dan nelayan masih meneruskan pencarian,”katanya di sini, hari ini.

Pada 30 November lalu mangsa, Loqman Hamka,20, yang keluar menaiki bot bagi meilhat rawai yang dipasang di Sungai Pahang berhampiran dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bot mangsa ditemukan hanyut oleh penduduk setempat di sekitar Kampung Kuala Kunjan di sini.

Susulan itu juga Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyertai operasi pencarian oada 3 Disember lalu di sekitar Kampung Tebing Tinggi, Temerloh.

Menurut Hashnuddin operasi mencari dan menyelamat pada hari ini masih dianggarkan sejauh 52 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dikhuatiri jatuh.

Katanya, kawasan lokasi pencarian hari ini tertumpu kepada dua kawasan berbeza iaitu di belakang sangkar Kampung Tebing Tinggi serta Jambaytan Baru Kampung Guai.

“Pasukan bomba memberikan tumpuan pencarian dan penyelaman di sekitar dasar sungai berhampiran Kampung Tebing tinggi,”katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, operasi pencarian yang dilakukan agak sukar memandangkan keadaan arus sungai yang deras terutamanya di bahagian bawah sungai.

Selain itu katanya, kewujudan banyak sangkar ikan serta keadaan dasar sungai yang berlumpur juga memberikan cabaran kepada pasukan mencari dan menyelamat. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI