fbpx

Norihan tidak sabar sertai operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Norihan pada Majlis Menyambut Kepulangan Wira Negara di Ibu Pejabat Batalion 3 PGA di Bidor, Perak semalam.

GEORGE TOWN – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Norihan Tari yang cedera dalam kejadian pertempuran dengan sekumpulan penyeludup di Padang Besar, Perlis dua minggu lalu sudah tidak sabar untuk me­nyertai operasi semula.

Kejadian pada 24 November lalu yang mengorbankan nyawa rakan sepasukannya, Sarjan Baharuddin Ramli tidak sedikit pun melunturkan semangat Norihan, 39, untuk terus berkhidmat demi negara.

Dalam kejadian itu, Norihan, 39, terkena tiga das tembakan di badan dan menerima rawatan selama 10 hari di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Anggota polis itu dibawa pulang dari HPP dengan sebuah kenderaan polis dan ditemani isterinya serta beberapa pegawai polis.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintendan Rosman Kasman berkata, Norihan dibenarkan keluar dari HPP pada pukul 9.30 pagi semalam dan dibawa pulang ke Kem Batalion 3 PGA, Bidor di Perak.

“Dia (Norihan) kelihatan ceria semasa bertemu dengan pegawai dan rakan sepasukannya. Semasa berjumpa dengan Norihan, air matanya berlinang.

“Dia kelihatan bersemangat bercerita mengenai kejadian berdarah itu dan berharap agar segera sembuh supaya dapat menyertai operasi semula,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Rosman, Norihan tidak kesal dengan insiden itu, malah semakin bersemangat melakukan yang terbaik untuk pasukan Senoi Praaq.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Norihan akan menjalani rawatan susulan di Hospital Teluk Intan, Perak kerana masih terdapat dua butir peluru termasuk pada tulang belakangnya.

Sebelum ini, Norihan mene­rima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke HPP pada 25 November lalu. Sebutir peluru di perutnya telah dikeluarkan pada 26 November lalu.

Dalam kejadian pada pukul 3.10 pagi, 24 November lalu, dua anggota PGA ditembak penyeludup daun ketum ketika mela­kukan risikan di Padang Besar.

Baharuddin meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Norihan pula cedera parah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI