fbpx

Muhammad Syafiq kembali bersemangat, isteri selesai dibedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Amalina (tengah) dipindahkan ke HKL hari ini.

SEBERANG PERAI – Pemain skuad Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, dikatakan semakin bersemangat hari ini biarpuan masih trauma selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipandunya terlibat kemalangan sehingga mengakibatkan tiga terbunuh awal pagi semalam.

Isterinya, Nur Amalina Norain, 25, yang parah turut dilaporkan stabil selepas selesai menjalani pembedahan pada perut semalam.

Perkhabaran positif itu dimaklumkan bapa Muhammad Syafiq, Ahmad Ibrahim, 56, ketika dihubungi hari ini.

“(Muhammad) Syafiq yang semalam agak murung dan keletihan hari ini lebih semangat. Dia pada pagi tadi sudah memaklumkan dengan menghantar mesej kepada saya bahawa dia sudah bergerak dari Pendang, Kedah untuk melawat isteri dan anaknya di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Syafiq turut mengajak saya ke HSJ dan pada masa ini hanya dia dibenarkan masuk. Daripada apa yang dimaklumkan, keadaan menantu serta cucu dalam keadaan baik,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi semalam, tiga terbunuh, manakala tiga lagi termasuk Mohammad Syafiq cedera selepas Toyoya Vellfire dipandunya terbabas di kilometer 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini.

Antara yang maut, bayi Muhammad Syafiq yang berusia 22 hari, Muhammad Aisy Saqeef, ibu mentuanya, Zainan Wahab, 45, dan wanita warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an.

Muhammad Syafiq dan anak perempuannya berusia dua tahun Aaira Nur Saffiyya dilaporkan hanya cedera ringan serta Nur Amalina yang parah dikejarkan ke HSJ.

Sementara itu, Ahmad berkata, Muhammad Syafiq pada awalnya berhasrat memindahkan Nur Amalina dan Aaira Nur Saffiyya yang masih dirawat ke hospital swasta, namun isterinya perlu menjalani pembedahan segera di HSJ.

Dalam kejadian itu, Nur Amalina dilaporkan patah tulang rusuk, pendarahan dalam perut dan otak serta patah tulang peha kiri.

Aaira Nur Saffiyya yang ditahan di HSJ bagi rawatan dipercayai mengalami pendarahan pada otak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI