fbpx

Kok Wai jumpa Annuar mohon maaf isu fitnah jual tanah DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar Musa

PUTRAJAYA – “Terima kasih. Saya akan rujuk peguam saya.

Itu ciapan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di Twitter selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai di pejabatnya hari ini.

Difahamkan, Kok Wai menemui Annuar bagi menyerahkan surat pengakuan memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah berhubung dakwaan penjualan 42 aset milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Annuar berkata, beliau menerima kunjungan mengejut Kok Wai di pejabatnya.

“Saya menerima kunjungan mengejut Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras) di pejabat saya sebentar tadi.

“Beliau (Kok Wai) menyerahkan surat pengakuan memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap saya 18 November lalu,” katanya.

Sebelum ini, Annuar memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kok Wai susulan tuduhan dan fitnah berkenaan yang disifatkan satu tuduhan berat dan serius.

Annuar menyifatkan, tomahan yang turut disiar portal berita Malaysiakini itu, sebagai sangat berbaur fitnah dan menjejaskan reputasi dirinya selain reputasi DBKL.

Kok Wai pada 18 November lalu mendakwa 42 aset milik DBKL telah dijual sepanjang tempoh Annuar menjawat Menteri Wilayah Persekutuan.

Menurut Kok Wai, banyak tanah milik DBKL yang dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan membabitkan projek perumahan dan campuran komersial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI