fbpx

Kerajaan PN Perak perlu dipertahankan -MKT UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara memutuskan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak perlu dikekalkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, gabungan kerajaan yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Pas dan Bersatu itu perlu diteruskan.

“Mesyuarat MKT malam ini telah membincangkan tentang senario politik negeri Perak.

“Mesyuarat memutuskan agar kerajaan PN Negeri Perak yang melibatkan ADUN UMNO, Pas, Bersatu perlu dipertahankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ahmad Maslan berkata, mesyuarat MKT tadi juga bersetuju bahawa tarikh untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 1, 2 dan 3 Januari depan.

Katanya, mesyuarat itu akan diadakan serentak di 191 bahagian dan akan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian masing-masing.

“Untuk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan diadakan secara maya.

“Kehadiran adalah secukup korum iaitu dibuat satu perempat daripada jumlah wakil yang berhad hadir,” jelasnya.

Menurut Ahli Parlimen Pontian itu lagi, Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pada 30 Januari dan Perhimpunan Agung UMNO sehari selepas itu.

“Ia akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan kehadiran yang terhad dan juga akan dibuat secara maya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI