fbpx

Jadi juri program, Sunmi dikecam hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUNMI

PENYANYI Sunmi meluahkan kesedihan dan rasa kecewa selepas menjadi sasaran pembenci internet hanya kerana terpilih sebagai seorang daripada juri untuk program Sing Again.

Menerusi Instagramnya, penyanyi lagu Gashina itu mengakui tanggungjawab yang dipikulnya sangat berat dan sukar.

“Setiap kali menjalani penggambaran program berkenaan, saya dapat rasakannya. Saya selalu terfikir, adakah saya layak atau tidak duduk di kerusi juri dan menghakimi peserta.

“Saya sentiasa berhati-hati. Setiap orang ada kisah berbeza. Jadi saya yakin mereka semua ada kisah berbeza untuk diceritakan.

“Saya cuma mahu berkongsi perasaan dengan setiap peserta,” tulisnya yang dikecam hebat sejak muncul dalam program tersebut.

Ada netizen mendakwa dia belum cukup bagus menjadi juri.

Selain Sunmi, artis lain termasuk Yoo Hee-yeol, Heon Inkwon, Lee Sun-hee, Lee Haeri  dan Mino WINNER juga berperanan sebagai juri
dalam program terbitan JTBC tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI