fbpx

Bom 500 kilogram punca 13,000 orang dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMBULANS dan jentera bomba berada di luar Dewan 11 Messe Frankfurt di Frankfurt am Main, barat Jerman semasa operasi mematikan bom peninggalan Perang Dunia Kedua kelmarin, - AFP Bom 500 kilogram punca 13,000 orang dipindahkan

BERLIN, Jerman – Hampir 13,000 penduduk dipindahkan di bandar Frankfurt kelmarin semasa satu kumpulan pakar mematikan sebutir bom era Perang Dunia Kedua yang masih belum meletup, menurut perkhidmatan kecemasan tempatan.

Bom seberat 500 kilogram buatan Britain itu ditemui di satu tapak pembinaan di bandar kewangan Jerman pada Khamis lalu.

Kumpulan pakar itu mengambil masa kurang dari dua jam untuk mematikan bom tersebut, menurut pengumuman Perkhidmatan Bomba di Twitter.

Kira-kira 12,800 penduduk diminta untuk meninggalkan rumah mereka dan beberapa laluan tren terpaksa dilencongkan atau ditunda semasa operasi mematikan bom itu dijalankan.

Kawasan itu dikosongkan dalam radius 700 meter arah barat dari pusat bandar, termasuk beberapa rumah penjagaan orang tua, infrastruktur pembekal internet dan pemanasan serta fasiliti milik syarikat pengendali rel kebangsaan, Deutsche Bahn.

Pihak berkuasa berkata, kerja-kerja mematikan bom boleh berlangsung selama lima jam tetapi lebih singkat jika keadaan peledak itu berada dalam kedudukan yang memudahkan usaha kumpulan pakar itu, kata seorang jurucakap Perkhidmatan Bomba.

Jerman masih mempunyai bom peninggalan sejak perang tamah kira-kira 75 tahun lalu dan lazimnya ditemui semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan.

Awal tahun ini, satu kumpulan pakar berjaya mematikan tujuh butir bom Perang Dunia Kedua yang ditemui di satu tapak yang bakal menjadi lokasi kilang pertama Tesla di Eropah, iaitu di luar Berlin.

Beberapa bom juga dimatikan di Cologne dan Dortmund pada tahun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI