fbpx

Baju kalis peluru berusia 10 tahun diganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Rahim

KLUANG – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses permohonan bagi menggantikan baju kalis peluru milik jabatan itu yang sudah berusia lebih 10 tahun termasuk yang sudah rosak.

Pengarah JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, ketika ini terdapat seramai lebih 12,000 anggota Pasukan Gerakan Am dan polis marin di seluruh negara yang amat memerlukan kelengkapan itu.

“Kalau nak lihat risiko di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak risiko memang tinggi kerana mereka mempunyai senjata api seperti semalam tangkapan Pasukan Polis Marin (PPM) di Sarawak, penjenayah mempunyai senjata api.

“Penyeludup dadah juga mempunyai senjata api dan kebelakangan ini pegawai dan anggota ada risiko, sehingga kehilangan nyawa di Padang Besar, Perlis.

“Bukan sekarang ini kerajaan tak bekalkan baju kalis peluru tetapi lebih sesuai apabila kita berpakaian unform.

“Ada juga baju kalis peluru yang sudah lusuh rosak dan sebagainya, sekarang ini kita masih dalam proses permohonan,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JKDNKA (PGA) Datuk Kasuahdi Ali; Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim dan Pegawai Pemerintah Bn.5 PGA, Superintendan Dimin Awang.

Beliau berkata, dalam permohonan sama, pihaknya turut memerlukan teropong penglihatan malam selain kenderaan untuk melancarkan operasi membanteras kegiatan jenayah.

“PGA sekarang, bukan hanya terlibat dalam membanteras rokok seludup tetapi turut terbabit dalam Op Benteng bersama tentera, Op Bersatu Khas Khazanah, kita masuk ke hutan untuk bantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor.

“Risiko agak tinggi kebelakangan terhadap nyawa anggota dan pegawai PGA dan PPM termasuk di perairan pantai timur Sabah,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI