fbpx

Suspek campak cucu tiri direman 7 hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lelaki Nigeria yang bertindak campak cucu tirinya dari tingkat tiga di Apartmen Villa Danau, Setapak disambung reman selama tujuh hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, permohonan reman terhadap suspek berusia 42 tahun itu dilanjutkan sehingga 13 Disember ini.

“Permohonan reman dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Difahamkan, permohonan reman itu dibuat di Hospital Kuala Lumpur susulan suspek masih menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya selepas bertindak terjun pada 30 November lalu.

Suspek dilaporkan patah tulang pinggul selain cedera di kaki dan siku.

Kosmo! Online pada 30 November lalu melaporkan, berang gagal rogol anak tiri dipercayai motif seorang lelaki Nigeria bertindak campak cucu tirinya dari tingkat tiga Apartmen Villa Danau, Setapak.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi, 4, ditemui maut dalam keadaan tidak berseluar sebelum di susuli dengan kejadian suspek warga berusia 42 tahun itu bertindak terjun dalam keadaan bogel. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI