fbpx

RHB sahkan dua pekerja di Bangi positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RHB

PETALING JAYA – RHB Bank Group (RHB) telah mengesahkan dua orang pekerjanya di Kompleks RHB Bangi telah diuji positif Covid-19 semalam dan kini sedang menjalani kuarantin.

RHB dalam satu kenyataan berkata, kali terakhir pekerja-pekerja tersebut hadir di kompleks itu adalah pada 27 dan 30 November 2020.

“Aktiviti pembersihan dan sanitasi telahpun dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).

“RHB turut membantu pihak berkuasa dalam usaha menjejak kontak dan sebagai langkah berjaga-jaga, pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan kakitangan tersebut juga telah ditetapkan untuk menjalani kuarantin di rumah,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, RHB telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan dan pekerjanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI