fbpx

Repsol Honda mungkin pilih Dovizioso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVIZIOSO masih belum menyertai mana-mana pasukan selepas kontraknya bersama Ducati berakhir musim ini. – AFP

Ducati, Andrea Dovizioso (Dovi) hangat diperkatakan bakal menggantikan Marc Marquez untuk mengemudi jentera Repsol Honda musim depan.

Marquez yang juga juara dunia enam kali MotoGP memerlukan kira-kira enam bulan untuk menjalani proses pemulihan selepas menjalani pembedahan ketiga sekali gus bakal terlepas tujuh hingga 10 pusingan perlumbaan MotoGP musim 2021.

Seandainya perkara itu benar, maka perjalanan Marquez untuk kembali beraksi di kejuaraan musim depan pasti tergugat dan Honda sudah pasti tidak mempunyai pilihan kecuali mencari pelumba baharu.

Dovizioso dikatakan memiliki peluang besar mengisi kekoso­ngan tersebut selepas pelumba Itali itu masih belum mempunyai pasukan selepas membuat keputusan tidak menyambung kontrak dengan pasukan Ducati.

Sebelum ini, Dovizioso pernah menjelaskan bahawa dia tidak berdepan sebarang masalah untuk menerima tawaran daripada Honda.

“Saya telah berada lama dalam saingan MotoGP dan saya bebas untuk menyertai mana-mana pasukan tetapi tidak bermaksud saya hanya perlu menyatakan persetujuan jika mereka berminat untuk mendapatkan khidmat saya.

“Segalanya bergantung kepada apa tawaran yang mereka berikan kepada saya. Ia bukan berlaku kepada Honda sahaja tetapi untuk semua pasukan,” kata Dovizioso baru-baru ini.

Antara calon lain yang mungkin bersama Honda semula adalah pelumba uji mereka iaitu Stefan Bradl yang pernah membantu pasukan membangunkan jentera RC213V.

Alex Marquez yang mula tampil cemerlang bersama Honda dengan berjaya menaiki dua podium pada musim 2020 turut menjadi antara calon terbaik membawa cabaran pasukan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI