fbpx

PM hadir sidang DUN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyidin bersama Hasni hadir ke sidang DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir itu hadir di sini pada pukul 11.22 pagi.

Kedudukan beliau di kerusi yang terletak di barisan kedua iaitu di belakang Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Selain itu, kedudukan Muhyiddin terletak bersebelahan dua bekas Menteri Besar iaitu Datuk Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Datuk Dr. Sahruddin Jamal (Bersatu-Bukit Kepong).

Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar ke-13 pada 1986 hingga 1995 sebaik dipilih sebagai ADUN Bukit Serampang.

Sidang DUN Johor hari ini dijangka berlaku pelbagai kemungkinan susulan perkembangan politik Perak ekoran Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ADUN termasuk wakil rakyat UMNO sendiri.

Kedudukan Hasni sebagai Menteri Besar sama ada tergugat atau sebaliknya akan ditentukan menerusi pengundian Belanjawan Johor 2021 yang bakal berlangsung dalam sidang hari ini.

DUN Johor mula bersidang sejak 26 November lalu dengan dimulakan menerusi pembentangan Belanjawan Johor 2021 yang bertemakan ‘Berdaya Tahan Demi Kemakmuran’ oleh Hasni.

Mengikut jadual, hari ini merupakan hari terakhir DUN Johor bersidang dengan giliran Hasni menggulung perbahasan dan pengundian untuk meluluskan belanjawan terbabit.

DUN Johor kini memiliki 56 kerusi dengan agihan sebelum ini adalah UMNO dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), MIC (dua), PAS (satu), Amanah (9) dan PKR (empat).

Ia menjadikan kerajaan PN mempunyai 29 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi, manakala majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu di Johor ialah 29 kerusi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI