fbpx

PLUS nasihatkan pengguna Lebuh Raya kekal patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai yang akan melakukan perjalanan rentas negeri supaya terus mematuhi prosedur standard operasi (SOP) mencegah Covid-19 yang telah ditetapkan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, semua pelanggan Lebuh Raya itu digalakkan untuk membuat urusan tambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal sebelum mereka memasuki Lebuh Raya di 13,000 kaunter tambah nilai yang disediakan di stesen minyak, pusat membeli-belah, mesin ATM dan sebagainya.

“Langkah tersebut adalah bagi memastikan mereka mempunyai baki yang cukup untuk dan perjalanan mereka dan dapat menggalakkan transaksi tanpa sentuh yang berperanan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

“PLUS turut mengalakkan pelanggan agar lebih bertanggungjawab semasa situasi wabak Covid-19 ini. Pelanggan boleh menyemak status destinasi yang dituju daripada perspektif Covid-19 sebelum memulakan perjalanan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua maklumat tersebut boleh didapati menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Aplikasi MySejahtera.

“Selain itu pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi PLUS yang membolehkan mereka merancang perjalanan serta mendapatkan kadar bayaran tol ke destinasi mereka.

“Aplikasi ini juga membolehkan pelanggan untuk membuat pra-pesanan makanan di kawasan rehat dan rawat (R&R) yang terpilih sepanjang perjalanan. Lebih utama, aplikasi ini juga membolehkan pelanggan mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda sekiranya berlaku kecemasan di Lebuh Raya,” jelasnya.

Selain itu katanya, chatbot pertama lebuh raya, PUTRI (PLUS Unique Texting Realtime Interface) juga turut bersedia berinteraksi untuk menjawab semua pertanyaan tentang Lebuh Raya PLUS.

“Perjalanan pelanggan di sepanjang 1,130 kilometer Lebuh Raya kendalian PLUS dibantu oleh 17 seksyen dan empat wilayah operasi dengan kehadiran 572 anggota PlusRonda serta pasukan keselamatan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mereka.

“Dengan 29 R&R dan 50 hentian sebelah, pelanggan berpeluang untuk berhenti rehat dan menjamu selera dan mendapatkan pelbagai juadah makanan dan barangan daripada 600 rakan niaga PLUS,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI