fbpx

MOTAC sambut baik penamatan PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa kawasan di negara ini bermula esok, dapat menghidupkan semula pelancongan domestik.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau menyambut baik keputusan penamatan PKPB di beberapa kawasan di negara ini sebagaimana diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, keputusan itu secara tidak langsung dapat menghidupkan semula pelancongan domestik menerusi inisiatif Gelembung Perjalanan Domestik.

“Perjalanan domestik sekarang telah dipermudahkan pergerakan meliputi semua zon tanpa perlu mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun, pergerakan keluar dan masuk kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini semalam.

Nancy berkata, oang ramai dari pelbagai zon sekarang sudah boleh keluar untuk melancong dengan selamat namun masih perlu berpandukan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Marilah kita buktikan bahawa kita mampu melawan Covid-19 dan melancong secara bertanggungjawab demi membangunkan semula ekonomi pelancongan yang telah melalui cabaran yang amat besar tahun ini,” katanya.

Kawasan yang ditamatkan PKPB ialah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor, daerah Kinta, Mukim Teja dan Mukim Changkat Jong.

Selain kawasan- kawasan itu, Putrajaya dan Kelantan turut ditamatkan esok kecuali daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI