fbpx

Klopp jangka sukar jinakkan Wolves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP percaya Liverpool berdepan tugas sukar untuk mencatat kemenangan ke atas Wolves yang mempunyai gaya permainan yang baik. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp memberi amaran kepada anak-anak buahnya untuk tidak memandang rendah terhadap keupayaan Wolverhampton Wanderers menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield awal pagi esok.

Kata Klopp, Wolves yang dibimbing oleh Nuno Espirito Santo mampu memberikan kesukaran buat anak-anak buahnya selepas berjaya mengejutkan Arsenal dalam perlawanan liga minggu lalu.

“Wolves adalah pasukan yang memiliki kualiti luar biasa dan tersendiri. Mereka tidak kelihatan seperti pasukan yang akan bermain untuk berada di zon pertengahan liga. Justeru, saya anggap ini adalah perlawanan yang cukup sukar buat barisan pemain dan kami perlu berhati-hati.

“Secara jujur, saya anggap Nuno antara pengurus terbaik dalam kancah EPL musim ini ke­rana dia telah melakukan tugas luar biasa dalam membimbing Wolves daripada pasukan yang beraksi di Liga Kejuaraan hingga berjaya layak ke Liga Europa,” ­katanya.

Mengulas lanjut, Klopp me­ngakui berpuas hati selepas me­nyaksikan anak-anak buahnya mempunyai rehat yang cukup selama lima hari selepas perlawanan terakhir Liga Juara-Juara Eropah ketika

The Reds menang ke atas Ajax Amsterdam awal minggu ini.

“Kami mengharungi jadual yang cukup padat musim ini dan tempoh rehat yang ada telah memberi ruang buat barisan pemain menjalani proses pemulihan dengan sebahagian besar pemain utama sudah cergas sepenuhnya,” katanya.

Liverpool berjaya menamatkan kemarau kejuaraan pada musim lepas mengumpul 21 mata setelah mengharungi 10 perlawanan liga musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI