fbpx

“Kalau you ada RM500, mak you ada berapa?” – Sarah dedah pernah hidup susah dengan Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI SARAH dan suaminya, Shuib.

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Sarah mendedahkan sepanjang kehidupannya bersama suami, Shuib, mereka pernah melalui fasa perit apabila dalam akaun bank hanya berbaki RM500.

Sarah atau nama sebenarnya, Siti Sarah Raisuddin, 36, berkata, dia sentiasa mengingatkan Shuib tentang kepentingan bersedekah dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu.

“Kalau kita bagi sedekah, Allah akan bagi kita balik lebih. Dahulu, dalam akaun bank kami pernah hanya ada RM500. Ada tanggungjawab nak bayar pembantu rumah, kereta dan bayar itu ini.

“Benda pertama yang saya tanya Shuib, sudahkah sudah bagi duit kepada ibunya. Dia jawab ‘belum’ dan hanya ada RM500.

“Saya cakap kalau dia ada RM500, mak dia ada berapa? Saya cakap sekurang-kurangnya, bagi half (separuh),” kata pelantun lagu Jangan Kau Mimpi itu dalam satu perkongsian menerusi program bual bicara, Naura Shares.

Dalam pada itu, dalam program sama, Sarah juga mengimbas kembali zaman ketika dunia media sosial belum berkembang. Katanya, dia hanya menerima surat daripada para peminat.

Kebiasaannya, surat-surat tersebut akan ditapis dahulu oleh bapanya, penyanyi Raisuddin Hamzah sebelum diberikan kepadanya.

Saat berada di puncak populariti, Sarah juga pernah menerima ugutan bunuh yang dihantar melalui surat. Sejak kejadian tersebut, bapanya nekad menggunakan perkhidmatan pengawal peribadi untuk menjaga dan mengawasi keselamatan Sarah.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 8, Dzahira Talita Zahra, 5, dan Ariq Matin, 3.

-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI