JOHOR BAHRU – Orang ramai tidak digalakkan berurusan di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) cawangan Johor Bahru susulan terdapat kakitangannya positif Covid-19.
Pengumuman itu dimaklumkan pihak KWSP Johor Bahru hari ini sebelum satu rakaman video tular di media sosial Facebook sebentar tadi.
Menerusi rakaman itu, seorang pegawai dipercayai pengawai keselamatan membuat pengumuman menggunakan pembesar suara di hadapan pintu masuk KWSP Johor Bahru.
“Terdapat anggota (kakitangan) KWSP positif Covid-19, anda tidak digalakkan berurusan di KWSP Johor Bahru,”katanya.
Kosmo! akan mendapatkan kepastian berhubung kejadian ini.-K! ONLINE