fbpx

Gajah jantan ceroboh tanaman penduduk ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perhilitan Kelantan dengan kerjasama pelbagai agensi berjaya menangkap seekor gajah seberat dua tan yang menggangu tanaman penduduk di tanaman penduduk di Kampung Jerek, Batu Melintang dekat Jeli.

JELI – Seekor gajah jantan liar yang sebelum ini dipercayai merosakkan tanaman penduduk di Kampung Jerek, Batu Melintang di sini berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin.

Penangkapan gajah seberat dua tan yang berusia 15 tahun itu sekali gus melegakan penduduk dari lima buah kampung berhampiran dengan lokasi haiwan liar itu ditangkap.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, haiwan liar yang ditangkap itu merupakan gajah daripada Kumpulan ID Gunung Basor.

“Kita menerima laporan berhubung pencerobohan gajah itu daripada penduduk setempat pada 1 Disember lalu.

“Hasil pemantauan yang dilakukan secara berkala, gajah tersebut akhirnya berjaya ditangkap di kawasan belukar di kampung berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Ady Ermanty, operasi pemindahan gajah liar itu telah dijalankan semalam bermula pada pukul 8.30 pagi yang dikendalikan oleh Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Mohammad Khairul Adha Mat Amin.

Katanya, seramai 25 orang kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Jabatan Perhilitan Kelantan dan Terengganu telah terlibat dalam usaha untuk memindahkan gajah tersebut.

“Operasi itu turut mendapat bantuan daripada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Majlis Daerah Jeli dan Tenaga Nasional Berhad.

“Gajah jantan yang ditangkap ini akan dilepaskan ke kawasan Taman Negara, Pahang,” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut turut mendapati lebih daripada 30 ekor gajah tinggal berdekatan kawasan hutan simpan Gunung Basor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI