fbpx

Belanjawan Johor lulus, kerajaan negeri stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persidangan DUN Johor hari sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2021 sekaligus Hasni kekal Menteri Besar Johor.

ISKANDAR PUTERI – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2021 yang merangka 12 agenda utama khususnya dalam mendepani kesan pandemik Covid-19.

Perkembangan itu sekali gus menepis pelbagai dakwaan bahawa Sidang DUN hari ini kecoh susulan perkembangan politik yang melanda tanah air sejak kebelakangan ini.

Belanjawan itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada 26 November lalu.

Belanjawan Johor itu mengalami defisit sebanyak RM248.14 juta selepas ia merekodkan belanjawan lebihan 10 tahun berturut-turut sebelum ini.

12 agenda utamanya diberikan fokus iaitu Johor Tani, Johor Digital, Johor Niaga, Prasarana Johor, Governans Johor, Majestic Johor, Masyarakat Desa Johor, Orang Muda Johor, Johor Madani, Johor Prihatin dan Johor Berkebajikan.

Kedudukan Hasni sebagai Menteri Besar dikatakan goyah seandainya pengundian usul Belanjawan Johor 2021 pada hari ini gagal mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Sekiranya gagal, kedudukan beliau tercabar kerana gagal memperoleh sokongan ADUN sekali gus sama seperti nasib dialami Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada ADUN Perak dalam undi usul percaya terhadap kelmarin.

Dalam undian daripada 59 ADUN, sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya manakala satu undi rosak atau berkecuali.

DUN Johor kini memiliki 56 kerusi dengan agihan sebelum ini adalah UMNO dan DAP masing-masing 14, Bersatu (12), MIC (dua), PAS (satu), Amanah (9) dan PKR (empat).

Kerajaan PN mempunyai 29 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) 27 kerusi, manakala majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu di Johor ialah 29 kerusi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI