fbpx

1,335 kes baharu, dua lagi kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 1,335 kes positif Covid-19 dicatatkan pada hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,335 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 72,694 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada angka kes baharu tersebut, tiga daripadanya kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 1,332 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes sembuh hari ini mencatatkan sebanyak 1,069 kes dengan keseluruhan kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 61,273 kes.

“Dua lagi kes kematian baharu Covid-19 turut dilaporkan di Perak dan Johor membabitkan lelaki dan wanita berusia 65 dan 72 tahun.

“Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 terkini di Malaysia sebanyak 382 kes atau 0.53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat 126 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ujarnya lagi, tiga lagi kluster baharu turut dilaporkan menjadikan sebanyak 187 kluster aktif dipantau di seluruh negara. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI